Saturday, January 24, 2009


Petang tadi aku berjanji dengan seorang teman baikku. Berjanji untuk menghantarnya ke stesen bas. Jam kurang lebih pukul 8.45pm kami bertiga menaiki dua motosikal. Saat tiba di sebuah bulatan, ada sebuah motosikal yang sedang meluncur di tepi bulatan. Aku tidak menghentikan kenderaanku kerna menyangka motosikal itu akan terus mengelilingi bulatan untuk patah balik. Pemandunya tidak memberikan lampu isyarat untuk keluar dari bulatan dan mahu ke kiri. Aku pula mahu memasuki bulatan. Kami hampir bertembung. Menyirap darahku. Sesampainya kami di stesen bas, temanku berkata: "Aku tak peduli sangat kalau kita eksiden tadi, tapi aku tak suka badan aku luka-luka, sakit dan sengal-sengal. Kenderaan rosak boleh dibaiki. Tubuh yang sakit tak dapat di beli ganti"